Sunday 12 February 2012

pernahkah anda menunggang kuda?..semasa saya kecil arwah ayah sering bawa berjalan di kota a'famosa di melaka bandaraya bersejarah dan menaiki kereta kuda yang sangat menghiburkan bagi seorang anak kecil berumur 6 tahun.Minat terhadap haiwan yang diberi penghormatan oleh Al Quran itu tidak pernah padam dalam jiwa dan teringin menunggang kuda yang gagah menyusuri pantai dan desa-desa. kuda itu sangat diperlukan ketika zaman Rasullulah s.a.w. dan para sahabat ketika berperang dalam menyebarkan agama islam.kuda pertama baginda adalah as-Sakaf yang digunakan ketika peperangan uhud tercetus.selain itu nabi Muhammad s.a.w. juga mempunyai kuda tunggangan yang bernama Sanjah.kuda yang ketiga Rasullullah s.a.w. bernama al-Murtajis dan yang keempat bernama Sabaha.kesemuanya merupakan baka Arab yang merupakan baka kuda terbaik dunia.kuda merupakan haiwan tunggangan yang mempunyai perasaan yang perlu dibelai dengan sifat kasih sayang sesama makhluk Allah S.W.T. dan dijaga makan minumnya agar ia tidak dizalimi. Rasullulah s.a.w. bersabda,"Ajarilah anak-anak kamu berkuda,berenang dan memanah".terdapat banyak faedah menungang kuda dari segi kesihatan manusia di antaranya di lekuk belakang kuda - tempat ditunggang -amat baik untuk merawat pelbagai jenis masalah kesihatan tulang belakang manusia. semasa menunggang kuda pelbagai saraf dalam tubuh manusia bergeser menjadikan semakin sihat.penungang kuda yang sering menunggang bebas dari mendapat sakit belakang.ia juga dapat mencerahkan mata. mendapat pahala kerana menungang kuda merupakan sunnah rasullulah s.a.w.disamping dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga,sahabat handai,kena
lan dan menguatkan ukhuwah silaturrahim sesama Islam.

Thursday 2 February 2012

suasana dalam politik malaysia kelihatan semakin kabut sekiranya para pemimpin politik tidak berhenti mengamalkan politik wang.di luar negara maju mereka mengamalkan budaya politik yang sihat tanpa sebarang kekecohan yang jelik mata memandang.saya yang tidak mewakili mana mana parti hanya melihat dari segi situasi semasa.daripada pemerhatian saya mana mana parti politik di malaysia lebih kurang sama sahaja masing masing cuba memikat hati para pengundi(rakyat) dengan bermacam jenis cara propaganda,manifestolah,janji pilihanraya,gula gula rakyat dan sebagainya agar terus kekal dalam berkuasa.disini diingatkaan kepada rakyat bahawa hak mengundi 100% di tangan kita.kita semua haruslah bijak dalam memilih pemimpin kerana mereka yang mengurus segala urusan pentadbiran kerajaan.untuk kebarangkalian pilihanraya kali ini mungkin akan mendapat persaingan yang sengit di antara kedua dua belah pihak di antara parti barisan nasional dan pakatan rakyat yang dianggotai pas,pkr dan dap.pemimpin parti politik ini akan bijak dalam memikat hati rakyat melalui kempen pilihanraya mereka.so,terpulanglah di tangan anda dalam memilih pemimpin bagi mentadbir negara tercinta malaysia ini.sayaa mengagumi kepimpinan dr mahathir kerana beliau merupakan pemimpin melayu yang tegas dan reti buat kerja.tidak dapat dinafikan bahawa negara malaysia ini menempa nama di persada dunia disebabkan usaha beliau dalam merancakkan ekonomi malaysia.dasar pandang ke timur memberi impak positif tanpa perlu kebergantungan yang besar terhadap proksi barat.pelbagai identiti malaysia yang merupakan hasil pemikiran dan buah tangan beliau dibangunkan seperti klcc,klia,sepang circuit,putarajaya,cyberjaya,jambatan pulau pinang,dan sebagainya.Hinggakan para pemimpin singapura berasa gentar dengan drM ini.masakan mereka boleh memanggil beliau sebagai ekstremis melayu?beliau juga lantang dalam bersuara di peringkat global.saya melihat video dimana terdapat dialog diantara drM dengu lantangan media barat.dr M dengan begitu lantang menyatakan dunia baratlah punca keruntuhan moral masyarakat dunia umumnya.beliau juga sering memberi sokongan terhadap rakyat palestin yang tertindas dek yahudi zionis dan konco2nya.sehingga kini beliau merupakan pengerusi bagi sebuah pertubuhan keamananan global perdana(PGPO.maka tidak hairanlah beliau digelar the last mohican of asia.
anda seorang perokok?ingin mengetahui tips2 berhenti merokok sebelum itu baca kisah ney..ada suatu keluarga tu di mana si ayah merupakan seorang perokok tegar..setiap hari dia pasti membelanjakan sejumlah wang bagi memenuhi keperluan rokoknyer itu.si anak bertanya pada si bapa mengapa orang dewasa menghisap rokok.si bapa menjawab bahawa rokok dah jadi darah daging beliau.si anak tidak berpuas hati dengan jawapan si bapa lalu terdetik dalam hatinya tak boleh ker ayah beri jawapan yang realistik sdikit.kemudian selang beberapa tahun si anak meningkat usia remaja.tabiat si ayah ditiru oleh si anak.si bapa menjumpai bungkusan kotak rokok di dalam bag sekolah anaknya itu.tanpa berlengah dia terus menampar anaknya itu yang sedang leka menonton televisyen.tiba tiba hati nalurinya berkata mengapa aku menampar anak aku sedangkan aku juga melakukan perkara yang serupa..si ayah merasa menyesal dia memeluk anak lelakinya itu dan meminta maaf.si ayah berjanji bahawa dia tidak akan sesekali menyentuh bahan itu lagi.si anak mula menangis dan meminta maaf pada bapanya itu mereka berdua tidak pernah dan tidak mahu menyentuh bahan keji yang bernama rokok sejak bermulanya kejadian itu.. so bagi anda yang merokok tu bawak2lah berenti sebab effect dari anda merokok tu bukan jer menjahanamkan diri dan wang anda malahan kesan terhadap keadaan sekeliling anda begitu cepat bertindak balas..misal kata isteri anda tidak merokok tetapi asap rokok yang dihidu dari anda itu menjadikannya seorang perokok pasif dan mengandakan risiko doubleup terhadap diri mereka 2 kali ganda kesanyer..belum terhadap anak yang mengikut lagi..alam sekitar lagi..abih hisap rokok tu halal ker dah sah2 tak halal.tembakau merupakan tumbuhan keji yang berasal dari kencing iblis laknatullah yang takut dengan Allah s.w.t.setiap sen yang anda sumbang dalam membeli rokok tu ibarat anda telah menaja dan menjana yahudi dalam misi membunuh jiwa rakyat palestin.. (1)tips pertama nak berhenti merokok dengan segera adalah buang segala simpanan rokok yang anda ada.. (2)niatkan dalam diri aku bukan perokok lagi.. (3)minum banyak air suam dan makan gula gula getah (4)sekiranya datang keinginan nak merokok tu lengah lengahkan mandi,bersugi,ambik air wuduk dan solat. (5)sentiasa cuci tangan (6)sentiasa bermuhasabah diri dan dapatkan nasihat doktor dan bina semangat dengan mendapatkan dorongan dari ahli keluarga. (7)sematkan disiplin yang tinggi dan komited apabila terdapat ajakan untuk menghisap rokok.katakan taknak pada rokok. (8)amalkan gaya hidup yang sihat dengan menukar gaya hidup anda yang pasif kepada aktif senaman. (9)berdoalah pada yang maha esa agar dorongan nafsu untuk anda merokok itu terkawal.insyaAllah.
Nak jadi sihat tanpa perlu mengeluarkan ribuan ringgit di hari kemudian...di sini saya lampirkan petua dan tips untuk lebih sihat dan jadi sihat.. (1)amalkan pemakanan seimbang.antara main factor rakyat malaysia mendapat penyakit jantung adalah terlebih makan dan datanglah penyakit kencing manis,darah tinggi and the gang...nabi muhammad s.a.w. akan berhenti makan sebelum menghampiri kenyang,baginda hanya sekadar mengisi perutnya sahaja.. (2)Bersenam sekurang kurangnya 30 minit 3 kali seminggu,lebihkan berjalan kaki dalam melakukan aktiviti seharian...umat islam ikutkan dah melakukan senaman dah tiap tiap hari kalau full solat 5 waktu..siap energise ngan charge ion positive lagi..dapat pahale banyak faedah..asalkan nawaitu ikhlas.. (3)minum air suam 8 gelas sehari.air putih tu akan buang toksik dan toksin secara semula jadi.. (4)jangan sesekali ambil dadah dan bagi sesiapa yang merokok tu cepat2 cepatlah berhenti kan ulama pun dah fatwakan yang rokok ni haram.nak ke bakar duit dan hantar dana tu jadi peluru hidup buat askar zionis...lebih baik sumbang duit tu kat anak2 yatim atau sedekah kat masjid lebih afdal dari beli rokok yang terang2 membazir.. (5)pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang mencukupi tak terlebih dan tak terkurang tidur..sekurang kurangya 8 jam sehari..kenape mesti no 8 yer kena kaji ney..dalam sunnah dah ade dah...barat jer yang curi ilmu islam ney masa kota baghdad (pusat ilmu/ketamadunan islam)dijajah bangsa monggol..kitab2 kena jual.. (6)berfikiran positif dan tangani stress dengan betul..pernah dengar tak orang selalu senyum awet muda.walau ade masalah pun kite try handle die dengan sebaik mungkin..happy go lucky..hehe.. (7)makan makanan berkhasiat sayur,buah buahan,madu lebah,herbaan dan sebagainya sebagai supplemen tambahan dalam tubuh anda..tak pakai ubat klinik pun orang dulu2 sihat jer dan even stronger dari orang zaman sekarang...kalau tidak masakan orang kampung boleh rilek jalan kaki berkilo2 km..boleh senyum naik basikal keliling kampung ke kampung buat peace... (8)manjakan diri anda dengan bersantai di hujung minggu..bagi sesiape yang overdos busy tu curi2lah masa untuk anda berehat kumpul balik mana energy yg dah hilang tuh..kalau kite x spend time untuk diri kite macam maner nak produktiviti kerja tu nak meningkat?... (9)jauhi arak sesungguhnya arak tu ibu segala kejahatan selain menghilangkan kewarasan akal ia juga memudaratkan diri.. (10)kesihatan mental pun nak kena jaga bukan fizikal jer..rerajinlah dengar musik yang menengkan yer jangan bile tension bukak lagu metal pulak tak ke haru dibuatnyer..lebih afdal pasang lagu selawat,surah yassin dan bacaan nas al quran..sambil relaks sambil tu saham pahala masyuk..
assalamualaikum dan selamat tahun baru 2012 bersamaan 1433 hijrah.pejam celik pejam celik jer dah sampai tahun 2012..benarlah orang tua2 kata masa itu ibarat pedang kalau kita tak potong dia nanti dia yang potong kite balik..hehe buat para pelawat sume dah ade azam baru ker...mudah mudahan azam yang kita nawaitukan itu dimakbulkan allah s.w.t. di sini saya kongsikan tips tips bagaimana nak disiplin diri menlaksanakan azam... (1)niatkan dalam diri anda dan cuba tuliskan dalam satu list dan tampal di dinding atau di mana mana tempat yang anda mudah lihat setiap hari..macam saye tampal kat wall jer bangun tido jer nampak dah azam tu.. (2)pastikan azam anda realistik untuk digapai..bak kate orang ukur baju di badan sendiri.. (3)disiplin..kalau takde disiplin macam manerlah azam 2 nak terlaksana kan..walaupun secara perlahan lahan target anda tu akan tercapai jika anda seorang yang berdisiplan...sehari selembar benag lama-lama menjadi kain juga (4)sentiasalah rajin muhasabah diri 2 dan stick to the plan dan remember goal kite.. (5)dan yang paling penting berdoalah pada yang maha esa agar segala yang kita azamkan dimudahkan olehNya..amin ya rabbal alamin..