Sunday 12 February 2012

pernahkah anda menunggang kuda?..semasa saya kecil arwah ayah sering bawa berjalan di kota a'famosa di melaka bandaraya bersejarah dan menaiki kereta kuda yang sangat menghiburkan bagi seorang anak kecil berumur 6 tahun.Minat terhadap haiwan yang diberi penghormatan oleh Al Quran itu tidak pernah padam dalam jiwa dan teringin menunggang kuda yang gagah menyusuri pantai dan desa-desa. kuda itu sangat diperlukan ketika zaman Rasullulah s.a.w. dan para sahabat ketika berperang dalam menyebarkan agama islam.kuda pertama baginda adalah as-Sakaf yang digunakan ketika peperangan uhud tercetus.selain itu nabi Muhammad s.a.w. juga mempunyai kuda tunggangan yang bernama Sanjah.kuda yang ketiga Rasullullah s.a.w. bernama al-Murtajis dan yang keempat bernama Sabaha.kesemuanya merupakan baka Arab yang merupakan baka kuda terbaik dunia.kuda merupakan haiwan tunggangan yang mempunyai perasaan yang perlu dibelai dengan sifat kasih sayang sesama makhluk Allah S.W.T. dan dijaga makan minumnya agar ia tidak dizalimi. Rasullulah s.a.w. bersabda,"Ajarilah anak-anak kamu berkuda,berenang dan memanah".terdapat banyak faedah menungang kuda dari segi kesihatan manusia di antaranya di lekuk belakang kuda - tempat ditunggang -amat baik untuk merawat pelbagai jenis masalah kesihatan tulang belakang manusia. semasa menunggang kuda pelbagai saraf dalam tubuh manusia bergeser menjadikan semakin sihat.penungang kuda yang sering menunggang bebas dari mendapat sakit belakang.ia juga dapat mencerahkan mata. mendapat pahala kerana menungang kuda merupakan sunnah rasullulah s.a.w.disamping dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga,sahabat handai,kena
lan dan menguatkan ukhuwah silaturrahim sesama Islam.

No comments:

Post a Comment